Lazimnya, pembentukan objektif pengajaran bergantung kepada tiga (3) domain domain
objektif pengajaran, iaitu Domain Kognitif, Domain Afektif dan Domain Psikomotor. Bagaimanapun, sebagai pelengkap, modul ini menambahkan lagi satu domain, iaitu
Domain Sosial
Secara ringkas, domain-domain ini melibatkan perkara-perkara berikut:
• Domain Kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
• Domain Afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
• Domain Psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
• Domain Sosial melibatkan perkembangan perhubungan sosial pelajar.
Sintesis (Synthesis), yang bermaksud
keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu
dokumen itu menjadi lebih berstruktur, tersusun menyeluruh. Pelajar perlu
menggabungkan sesuatu struktur daripada yang tidak jelas kepada satu struktur
atau perkara yang lebih jelas. Sintesis terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
(a) Sintesis Sintesis penyampaian, iaitu sintesis yang menghasilkan bentuk penyampaian dengan tujuan tertentu seperti menghibur, menghuraikan, menarik minat atau menunjukkan perasaan marah. Misalnya, pelajar dapat menyampaikan perbahasan dengan hujah yang menarik.
(b) Sintesis himpunan Sintesis himpunan, iaitu sintesis yang menghasilkan satu himpunan perlakuan. Misalnya, pelajar dapat menyusun kandungan pelajaran untuk persediaan peperiksasan.
(c) Sintesis cadangan Sintesis cadangan, iaitu sintesis yang menghasilkan cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang bstrak. Misalnya, pelajar dapat mengemukakan teori yang dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Bloom (1971), bentuk penghasilan sintesis adalah seperti berikut:
i. Menghasilkan komunikasi unik dalam bentuk penulisan esei, puisi, atau lukisan.
ii. Menghasilkan sebuah perancangan atau set operasi.
iii. Menghasilkan penerbitan satu set hubungan abstrak seperti membentuk hipotesis.
Ciri-ciri soalan berasaskan sintesis ialah:
i. Soalan sesuai dengan proses mental sintesis.
ii. Masalah, tugas atau situasi hendaklah baru kepada pelajar atau berbeza dengan daripada semasa pengajaran.
iii. Memberikan kebebasan kepada calon menjawab sama ada dari segi isi atau masa.
iv. Hasilnya dinilai oleh “pengguna” seperti pembaca atau pemerhati.
v. Soalan tidak perlu terperinci kerana ia akan membataskan kreativiti.
vi. Bentuk soalan objektif atau esei memerlukan masalah yang kreatif.
vii. Perkataan yang kerap digunakan ialah seperti ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangkan apa akan berlaku
Domain Kognitif Aras 1 – Pengetahuan
Ciri-ciri khusus
-Mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip, prosedur.
-Tiada manipulasi atau interpretasi
Contoh kata kerja:
melabel, melakar, melukis, memadan, memerihal, mendefinisi, mengenal pasti, mengenalpasti, mentakrif, menulis, menyatakan, menyenarai…..
Contoh penulisan hasil pembelajaran:
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat,
– menamakan 7 orang Menteri Besar di Malaysia.
Pengetahuan tentang:
-Perkara khusus
-Istilah
-Fakta khusus
-Cara/ kaedah kendalikan perkara khusus
-Perkara lazim
-Trenda dan urutan
-Pengkelasan dan kategori
-Kriteria
-Pengkaedahan
-Perkara universal dan pengabstrakan
-Prinsip dan generalisasi
-Teori dan struktur pengetahuan
Domain Kognitif Aras 2 – Kefahaman
Ciri-ciri khusus:
-Interpretasi mudah
– Menunjukkan bukti yang pelajar faham
-Kebolehan menggunakan maklumat
– Mengubah ke bentuk baru
Contoh kata kerja:
membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menambah, menentukan,
menerangkan, menerangkan, menganggar, mengubah, menukar, meramalkan, merumus……..
Contoh penulisan hasil pembelajaran:
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
– menerangkan keadaan yang menyebabkan perangsaudara berlaku di negeri Perak.
Kategori Kefahaman :
Terjemahan
Dapat menyatakan atau meringkaskan apa yg diketahui dalam bentuk lain dgn tepat
Contoh : menyatakan simbol matematik dalam bentuk perkataan dan sebaliknya; menghuraikan makna
metafora, sindiran dsbnya
Interpretasi
Kebolehan memahami sesuatu idea secara menyeluruh
Contoh : Dapat mentafsir berbagai jenis data dan maklumat tentang pendidikan; dapat menghurai dan merumus sesuatu
Ekstrapolasi
Kebolehan membuat perluasan [extension], kesimpulan, penelahan dpd data atau maklumat yg diketahui untuk melihat implikasinya, kesannya dsb
Domain Kognitif Aras 3 – Aplikasi
Ciri-ciri khusus
-Penggunaan idea, teori, prinsip, kaedah atau maklumat ke situasi baru
-Mengaplikasi peraturan, idea, konsep, prinsip.
-Pemindahan pembelajaran
Contoh kata kerja:
menyelesaikan, menunjukkan………
Contoh hasil pembelajaran:
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
-melukis pelan rumah berasaskan maklumat yang diberi.
Domain Kognitif Aras 4 – Analisis
Ciri khusus :
Memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen.
Contoh kata kerja :
membezakan, mengenalpasti………
Contoh hasil pembelajaran:
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
– Diberi satu ayat, pelajar dapat mengenalpasti komponen utama dalam satu ayat yang diberi.
Kategori Analisis
Analisis unsur
-Kenalpasti unsur-unsur yg terdapat dalam sesuatu idea, prinsip, kaedah, maklumat dsbnya.
-Kebolehan melihat atau mengenal andaian-andaian yg tersirat, yg tidak dinyatakan.
-Kebolehan membezakan antara fakta dan hipotesis, contoh dan prinsip dsbnya
Analisis hubungan antara unsur[ relationships]
Kebolehan melihat dan mencerakinkan hubungan antara pemboleh ubah, bahagian atau unsur di dalam sesuatu idea, hubungan antara satu idea dgn idea yg lain, hubungan antara bahagian dalam sesuatu kaedah, maklumat dsbnya
Analisis prinsip organisasi unsur
Kebolehan mencerakinkan bahagian-bahagian dalam struktur, susunan atau sistem yg menyatukan sesuatu idea, teori, hujah, kaedah dsbnya termasuk struktur yg eksplisit dan implisit, dan elemen-elemen di dalamnya yg menjadikan satu unit.
Contoh : kebolehan mengecam dan melihat bentuk [form] dan pola
sesebuah novel, puisi, lukisan, teori dsbnya.
Domain kognitif aras 5 – Sintesis
Ciri khusus:
Kebolehan menggabungkan/ menyusun bahagian-bahagian dan menjadikanya satu pola, struktur,
sistem yg baru yg tidak wujud sebelum ini .
Contoh kata kerja :
berkomunikasi, membina, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk, mereka cipta, meringkaskan…..
Contoh hasil pembelajaran:
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
-Membina model tiga dimensi sistem solar.
Kategori Sintesis
Penghasilan satu komunikasi unik
-Pembinaan suatu komunikasi dimana pelajar cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain.
Contoh : kebolehan menulis dgn susunan dan gaya yg menarik untuk menyampaikan sebuah cerpen dsbnya
Penghasilan suatu rancangan/ pelan operasi
Membina sebuah pelan tindakan atau rancangan operasi untuk sesuatu tujuan, mengikut keperluan tertentu
Membina suatu hubungan yg abstrak
-Kebolehan membina/ membangunkan satu set hubungan yg abstrak spt teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta.
-Kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yg diberikan.
Contoh : dapat membuat suatu teori dpd data atau faktor-faktor diberi, dapat memperbaiki teori yg sedia ada berdasarkan fakta baru, kebolehan membuat penemuan atau generalisasi baru dalam bentuk simbol
matematik
Domain kognitif Aras 6 – Penilaian
Ciri-ciri khusus:
-Membuat pertimbangan [judgement] nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan.
-Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria.
-Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dalam.
Contoh kata kerja:
membuat keputusan, menaksir, mengesan kecondongan, mengkritik, menjustifikasi, mentafsir, menyokong,
mewajarkan……….
Contoh penulisan hasil pembelajaran:
Pada akhir pengajaran, pelajar dapat:
– Menjustifikasikan Dasar Ekonomi Baru sebagai pemangkin
pembangunan seimbang antara kaum di Malaysia.
Pertimbangan Dalam Penilaian
i. Pertimbangan dari segi bukti dalaman
– Menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dll kriteria dalaman.
Contoh : kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yg dikemukakan oleh seseorang
ii. Pertimbangan dari segi kriteria luaran
-Penilaian bahan yg merujuk kepada beberapa kriteria yg dipilih atau yg diingati.
Contoh : perbandingan mengenai teori-teori utama, generalisasi, dan fakta mengenai kebudayaan tertentu