5. KAEDAH TUNJUK CARA
(DEMONSTRASI)

Tunjuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran guru mendemonstrasi cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti dihadapan murid.

PRINSIP-PRINSIP TUNJUK CARA

Sebelum demonstrasi
Guru hendaklah menentukan topik, objektifdan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu.

Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan.

Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan semua murid dapat menyaksikan dengan jelas.

Pastikan keselamatan sebelum menggunakan alat, radas dan bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.

Sebelum mula demonstrasi, guru perlu memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktivitinyasupaya mereka dapat mencontohinya tanpa melakukan kesilapan.

Semasa demonstrasi
Guru harus memandang kearah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan.

Sekiranya murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi.

Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid.

Pastikan semua murid dapat melihat dengan jelas demonstrasi serta mendengar penerangan guru dengan jelas.

Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman tentang cara-cara melaksanakannya.

Selepas demonstrasi
Bincangkan dengan murid tentang bahagian demonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa murid-murid telah memerhatikan lanhkah-langkah yang telah ditunjukkan dengan betul.

Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat.

Aktiviti pengukuhan harus dijalankan selepas demonstrasi. Ia boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid dengan mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi dalam buku nota.

JENIS-JENIS TUNJUK CARA

Model hidup
Merujuk kepada model yang sebenar yang digunakan untuk melaksanakan demonstrasi.

Termasuk demonstrasi guru dan murid yang telah menguasai kemahiran untuk mendemonstrasi aktiviti yang berkenaan.

Model simbolik
Merujuk kepada tunjuk cara yang dilakukan berdasarkan langkah-langkah secara bertulis,bergambar atau arahan guru.

Model persepsi
Merujuk kepada penggunaan video yang menayangkan sesuatu demonstrasi. Biasanya suatu aktiviti kemahiran yang spesifik akan ditunjukkan, manakala tingkah laku yang lain tidak ingin diketepikan.

USTAZ HJ ROSLAN – Kuliah MPU 2011

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s