MODEL-MODEL
PENGAJARAN

KAEDAH & TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran:
Merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dan berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pembelajaran dalam jangkamasa yang pendek.

Dengan perkataan lain,kedah pengajaran ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Teknik mengajar:
Kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan huraian diatas, kaedah pendajaran boleh digunakan sebagai teknik pengajaran apabila kaedah itu dilaksanakan dengan teknik yang sesuai.
Contoh: prosedur kaedah bercerita boleh digunakan sebagai teknik menyampaikan cerita yang berkenaan.

SUMBANGSARAN

Juga dikenali sebagai pencambahan fikiran (brainstorming)- merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea terhadap sesuatu topik perbincangan.

Oleh itu, sumbangsaran menggunakan teknik sesi buzz untuk mendapatkan idea yang boleh memberi penyelesaian kepada sesuatu masalah yang diharapkan.

Prinsip-prinsip sumbangsaran

Topik perbincangan haruslah sesuai dengan kebolehan dan minat murid.
Garis panduan untuk menjalankan sesi sumbangsaran yang diberikan oleh guru haruslah ringkas dan jelas.

Setiap kumpulan harus mengandungi ahli yang terdiri daripada pelbagai kebolehan.

Setiap kumpulan harus memilih pengerusi yang boleh menggalakkan ahlinya mengemukakan cadangan dan idea yang berkaitan dengan topik perbincangan.

Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.

Cadangan atau idea yang dikemukakan, walaupun salah tidak boleh di kritik. Penilaian dan rumusan hanya boleh dibuat pada peringkat perbincangan yang akhir.

Setiap ahli hendaklah diberi giliran untuk mengemukakan cadangan.

Ahli-ahli digalakkan menggunakan prinsip 5W (what? why? who? Where? When? ) untuk mengembangkan idea penyelesaian masalah.

Ahli-ahli juga digalakkan menyumbangkan seberapa banyak idea yang boleh untuk meningkatkan kemungkinan penyelesaian.

Suasana perbincangan yang tidak formal harus diwujudkan untuk menggalakkan perbincangan.

Pastikan masa yang diperuntukkan untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.

Langkah-langkah Sumbangsaran

Peringkat permulaan
Mengemukakan soalan perbincangan
Menerangkan tujuan perbincangan
Menghuraikan garis panduan perbincangan
Membahagikan murid-murid dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Peringkat perbincangan

Ahli-ahli kumpulan mencadangkan idea penyelesaian
Pelapor mencatat idea-idea yang dikemukakan.

Peringkat penilaian dan rumusan

Pelapor-pelapor membentangkan idea-idea didepan kelas
Guru membimbing murid membuat penilaian dan rumusan
Murid-murid mencatat pendapat-pendapat yang telah dipersetujui.

2. KAEDAH PENGAJARAN TEMATIK

Tema boleh diertikan sebagai pokok perbicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu perbicaraan atau kajian.

Misalnya melukis poster bertema alam semulajadi, menulis sebuah karangan bertema perpaduan berbilang kaum dan sebagainya.

Strategi pengajaran tematik adalah berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara berkumpulan.

Mengikut Louis Cohen dan Lawrence Manian (1983), pendekatan tematik amat sesuai digunakan sebagai proses perbincangan tema dalam aktiviti berkumpulan
Ia akan menjadi pusat idea sebagai titik permulaan pembelajaran.

3. KAEDAH BERCERITA

Prinsip-prinsip panduan penguasaan kemahiran bercerita.

Guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat,kebolehan,umur dan pengalaman murid serta objektif pengajarannya.

Sebelum sesi bercerita, guru harus menghafal isi-isi penting yang terkandung dalam cerita itu.

Alat bantu mengajar seperti kad perkataan, kad gambar, patung atau topeng yang boleh menarik minat dan perhatian murid harus disediakan sebelum sesi bercerita dimulakan. Soalan untuk aktiviti juga harus disediakan.

Sebelum memulakan cerita, pastikan semua murid telah bersedia untuk mendengar cerita.

Guru boleh duduk atau berdiri semasa bercerita, selagi semua murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ejspresi guru.

Mulakan cerita dengan suara yang menarik dengan penuh emosi.

Pandangan terus ke muka murid secara bergilir. Cara ini amat berkesan untuk melibatkan murid dalam cerita yang disampaikan.

Pastikan suara jelas dan lantang. Kemahiran variasi ransangan harus digunakan untuk mengubah-ubah nada suara dan intinasi guru mengikut watak dan suasana cerita itu.

Kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas.

Semasa sesi bercerita, guru boleh mengemukakan soalan untuk menggalakkan murid meramal perkembangan cerita selanjutnya. Cara ini bukan sahaja dapat menarik minat murid malah dapat mengembangkan daya imaginasi mereka.

Pastikan perkataan dan ayat yang digunakan boleh difahami oleh murid. Tujuan bercerita adalah untuk menyampaikan isinya dan bukan mengajar murid perkataan yang sukar.

4. KAEDAH PERBINCANGAN

Pada peringkat permulaan, guru biasanya mengemukakan topik perbincangan dan soalan yang berkaitan dengan sesuatu topik.

Semasa aktiviti perbincangan, murid-murid digalakkan memainkan peranan yang aktif untuk memberi pandangan masing-masing. Guru hanya memberi panduan dan bimbingan sahaja.

Pada peringkat akhir, guru akan membimbing murid-murid membuat rumusan terhadap hasil perbincangan mereka.

PRINSIP-PRINSIP PERBINCANGAN

Pemilihan topik perbincangan

Guru harus memilih topik yang berasaskan kepada pengalaman, kebolehan dan minat murid-murid. Tujuannya ialah untuk membolehkan seberapa ramai murid menyertai aktiviti perbincangan.

Elakkan topik yang mengandungi isu sensitif, seperti isu perkauman dan agama. Pilih topik perbincangan yang boleh mendatangkan faedah kepada semua orang.

Skop bagi tajuk yang dipilih haruslah jelas dan khusus serta sesuai dengan peruntukkan masa dalam sesi perbincangan.

Tujuan perbincangan harus jelas dan diberitahu kepada murid sebelum perbincangan dimulakan. Cara inibakan membolehkan murid membuat persediaan dan seterusnya mencapai matlamat perbincangan pada sesi akhir.

Pengerusi dan pencatat harus dipilih daripada kalangan murid untuk mengendalikan sesi perbincangan.

Murid harus diberitahu cara dan peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini untuk memastikan aktiviti berjalan lancar dan tidak terpesong daripada tujuannya,

Semasa aktiviti perbincangan, guru harus menggalakkan dan membimbing semua murid agar melibatkan diri secara aktif dalam sesi perbincangan. Peranan guru terhad sebagai fasilitator sahaja.

Semasa sesi perbincangan, murid-murid digalakkan mencatat idea-idea yang disarankan dari semasa ke semasa.

Pada akhir perbincangan, idea-idea yang dicatatkan haruslah dirumuskan. Rumusan ini akan menjadi pertimbangan asas bagi pengerusi membuat ulasan.

Sedikit masa harus diperuntukkan bagi guru atau pengerusi untuk membuat ulasan dan kesimpulan daripada hasil perbincangan. Ia penting bagi murid menyedari pencapaian tujuan perbincangan mereka.

Sebelum akhir pelajaran, pujian guru haruslah diberikan kepada murid tersebut supaya mereka dapat merasakan idea dan pandangan mereka mendapat perhatian serta dihargai.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s