KONSEP INDUKTIF

KONSEP INDUKTIF

Melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsirkan maklumat-maklumat, kemudian membuat kesimpulan.

Dalam penggunaan kaedah ini, guru akan memulakan pengajarannya dengan memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip yang sama.

Berdasarkan contoh-contoh yang diberikan, murid dibimbing memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian kesimpulan yang diberikan.

Didalam situasi pelajaran yang menggunakan pendekatan induktif ini, guru boleh mengemukakan contoh yang khusus, diikuti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji, mengenal pasti prinsip atau fakta penting.

Semasa menjalankan aktiviti P&P, guru tidak digalakkan memberi sebarang penerangan atau menghuraikan kesimpulan itu.

Guru hanya membimbing murid melalui aktiviti soal jawab, mentafsir dan membuat kesimpulan daripada contoh yang kemukakan.

Kaedah induktif adalah salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan untuk pelbagai mata pelajaran, khususnya al-Quran, tajwid, fiqh dll.

JENIS PENDEKATAN INDUKTIF

Membentuk satu kesimpulan daripada contoh tertentu. Misalnya mencari segitiga yang sama daripada pelbagai jenis.

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan ke bawah.

Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis struktur ayat bahasa.

Membentuk teorem melalui aktiviti induktif. Misalnya, mengukur dan mencari hasil tambah sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.

Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhatikan tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI INDUKTIF

Untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti induktif dengan berkesan, guru perlu memahami dan mematuhi prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran induktif yang dihuraikan seperti berikut :

Sebelum memulakan aktiviti P&P secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang boleh menbantu murid membuat rumusan.

Disamping itu, soalan-soalan harus disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan

Guru tidak harus memberi penerangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan.

Murid dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan sendiri.

Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenal pastinya.

Contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.
Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.

Aktiviti pembelajaran secara induktif harus melibatkan penggunaan deria-deria murid, khasnya penglihatan, pendengaran, hidu dan sentuh.

Proses P&P berdasarkan kaedah induktif harus mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh spesifik kepada umum.

KONSEP 
DEDUKTIF

Definisi
Konsep deduktif boleh dikategorikan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan dikuti dengan aplikasinya keatas contoh-contoh yang khusus.
Kadangkala ia juga digunakanuntuk mendapatkan kesimpulan yang baru daripada rumus yang telah diketahui.

Kaedah ini berlandaskan pendekatannya merupakan kaedah mengajar yang kompleks kerana ia memerlukan murid memperolehi kefahaman yang mendalam, pengetahuan yang cukup, serta berupaya memilih rumus yang telah diperolehi dengan tepat untuk diaplikasikan pada contoh yang khusus.

Guru memberitahu murid objektif pelajaran pada peringkat awal. Murid dibimbing mengingat kembali hukum yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau mendapatkan kesimpulan yang baru.

Jenis deduktif

Penyelesaian masalah

Misalnya setelah murid mempelajari perkara membatalkan akidah, mereka disuruh membuat beberapa contoh.

Membentuk kesimpulan baru

Misalnya setelah murid mempelajari cara membunyikan izhar, mereka diminta menggunakan izhar dalam bacaan.

Membuktikan hipotesis

Ini dapat dilakukan untuk membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI DEDUKTIF

Peringkat permulaan masalah atau hipotesis haruslah didedahkan terlebih dahulu.

Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali kesimpulan, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.

Kesimpulan,prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis haruslah duketahui serta difahamkan.

Penggunaan deduktif haruslah mengikut haruslah mengikut prosedur yang betul.

Proses menyelesaikan masalah atau membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu kesimpulan, prinsip atau teori yang telah dipelajari.

Guru sendiri tidak perlu melaksanakan cara penyelesaian masalah atau menghuraikan cara membuktikan hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah.

KONSEP ELEKTIK

Perkataan elektif berasal daripada bahasa inggeris elektif bermaksud pemilihan.

Dalam konteks pendidikan, ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan sebagai strategi pengajaran untuk melaksanakan sesuatu pelajaran di dalam kelas.i

Banyak digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik, khasnya menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif.

Disamping itu, pendekatan ini juga sesuai digunakan sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti kumpulan. Khasnya, semasa melaksanakan aktiviti pemulihan dan penggayaan secara serentak.

Sehubungan ini, guru akan menggunakan pendekatan dan strategi pemusatan bahan untuk kumpulan bagi aktiviti penggayaan. Strategi pemusatan guru untuk aktiviti pemulihan.

KONSEP STRATEGIK

Kamus dewan (1998)- merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan.

Ia bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara.

Dalam bidang pendidikan, merujuk kepada kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah telah ditentukan.

Pengagihan masa dan langkah mengajar untuk setiap kaedah dan teknik mengajar yang telah disusun.

Pengagihan bahan pelajar mengikut keperluannya dalam setiap kaedah dan teknik mengajar.

Pengurusan kelas mengikut pendekatan, kaedah dan teknik mengajar yang sesuai dipilih.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s